Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Anda pasti ingin kenal sapa saya kan? Nama saya Mazlie bin Mohd Nadzri, umur 24 tahun dan berasal dari Teluk Intan,Perak. Pemegang Diploma Multimedia Creative Manager di salah sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Sebelum ini saya bekerja sebagai jurujual dan cashier di Duty Free di kawasan Muzium Negara (sekarang dah syarikat lain yang mengambil alih), selepas itu saya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran dan bermula saya sebagai pelajar kolej pada tahun 2001 dan tamat belajar pada akhir tahun 2004. Pernah juga berniaga di pasar siang di kawasan Teluk Intan dan sekitarya.
Lupa pula, anda boleh memanggil saya dengan nama lie, dulu masa kat kampung kawan2 panggil lee cooper.Hehehehehe…tapi tu dulu. Sekarang ini saya bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur sebagai Flash Programmer, kiranya ini adalah syarikat ke-2 saya bekerja dan sebelum ini sebagai animator dan web designer. Rasanya pelik juga sebab saya lari jauh dari apa yang saya belajar, sebabnya saya bukan pelajar IT, tapi saya minat pada perisian Flash apatah lagi dengan actionscript yang telah dihasilkan oleh Flash. Jadi, saya banyak belajar dan masih lagi belajar samada secara sendiri dan melalui otai2 flash disekeliling saya. Terima kasih pada semua yang banyak membantu.
So, harapan dengan adanya blog ini yang saya lancarkan pada awal bulan Oktober 2007 ini, saya boleh berkongsi dengan semua pembaca yang ingin mendalami perisian Flash, daripada beginner seterusnya kepada expert.
Juga layari website yang saya kendalikan di www.iklan-niaga.com dan ada beberapa buah lagi projek yang saya sedang siapkan. Saya juga telah mula berjinak-jinak dengan dunia ebiz.Saya akan maklumkan sekiranya semua berjalan lancar.
Terima kasih,
Mazlie Nadzri


















salam….bagus ar sbb bukak web page ni and then kongsi dg sumer..ingatkan umo dah 28….30…uperyer 24…lebih kuang saya ar…so…syabas diucapkan…u look rajin…orgnyer dgn mengejar ilmu flash….so…saya pon minat ke arah multimedia..saya baru tau dan baru bukak laman web ni dan harapan saya agar saudara bley tolong dan berkongsi ilmu dengan saya.Insya-Allah.Dan dengan relationship ni jugak wlaupo tak kenal dan tak pernah bersua muka…i hope…in watever situation…u akan success…lagi dalam hdup u dgn share the experience and u’r knowledge…..hihi….sweet ; )
salam..insyaAllah kalau saya boleh tolong saya akan tolong…saya pon still blaja lg ni ilmu flash..byk lg nk kn tau…pape pun..tq byk2…sebenarnya dah lama blog ni x update..sbb bz sgt…insyaAllah..nnti sy update…mybe leh uar2kan pd member2 yg berminat dgn flash ni..heheh…